Sunday, 2 August 2015

"MINYAK TASBIH JALALLAH"

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian moga dirahmati dan diberkati perjalanan hidup semua.Disini saya ada mengeluarkan Minyak yang mempunyai 1001 khasiat atau fungsi.Minyak ini  dinamakan Minyak Tasbih Jalallah. Minyak tersebut hanya akan diritual apabila ada penebus yang berminat. Suka saya maklumkan antara khasiat minyak tersebut.Ini merupakan ikhtiar yang di buat oleh pihak kami untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan.Semua berserah kepada yang Maha Esa atas keberkesanan sesuatu usaha.letaklah hati kepada allah kerana ia merupakan tunggak perjalanan  kita untuk mengharungi kehidupan seharian.

KHASIAT MINYAK TASBIH JALALLAH

1. Memulihkan hubungan suami &isteri punca orang ketiga.

2. Memulihkan hubungan adik beradik,mertua dan menantu

3. Naik Pangkat, disenangi oleh semua orang yang memandang, Pendinding diri dari musuh,melembutkan hati suami yang marah, melembutkan hati majikan, disenangi oleh semua orang yg ,melihat kita dan juga sebagai penawar sihir. Pasangan untuk bertanggungjawab for non muslim.

4. Untuk kegunaan merawat orang yg terkena sakit tuju dan sihir, untuk peniaga kecil atau besar, sering berhadapan dengan pelanggan, peniaga yg bankrup, pendinding sihir dan ubat guna-guna, Insyallah segala penyembuhan semuanya dari ALLAH Taala.

5. Digunakan sewaktu hubungan suami isteri supaya suami bertambah kasih dan intim.

6. Sebagai mandian buang sial dicampur ke dalam air dan dicampurkan dengan limau nipis dipotong dua,insyaallah segala bala dan sial akan terhindar.

7. Isteri yang selalu dimarahi dan dibiarkan seperti hamba oleh pasangannya.

8. Untuk perempuan yang ditanggal pasangan yang tidak bertanggungjawab
setelah di nodai.

9. Untuk memulihkan dan melembutkan hati pasangan dan sahabat yang keras
dan berpisah akibat fitnah.

10. Membaiki hubungan adik-beradik dan saudara.

11. Untuk mengembalikan pasangan yang lama tidak pernah berjumpa.

12. Di hormati,di kasihi dan di senangi oleh musuh dan juga rakan sekerja.

13. Di jadikan sebagai pendinding diri dan keluarga dari ilmu sihir.

14. Sebagai penerang hati dan kecemerlangan pembelajaran.

15. Untuk anak yang degil dan malas hendak solat dan malas belajar.

16. boleh disapu pada gambar selama 28 hari berturut2 untuk kekasih yang ditinggalkan.

17.Pemangkin aura diri dan menarik khazanah bumi dan langit

18.dan juga lain-lain kelebihan dan barokah yang hanya penggunanya sahaja dapat merasai.

ISI KANDUNGAN

1-DIRAMUANKAN DARI MINYAK KASTURI,ZAFRON DAN BEBERAPA RAMUAN LAIN YANG PERLU DIRAHSIAKAN

2-DIRITUAL DALAM TEMPOH 3-4 HARI DENGAN TENAGA DALAM ,WIRID DAN ZIKIR KHAS YANG DIRAHSIAKAN

AMARAN KERAS.

1-JANGAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN ZINA, MENGANIAYA RUMAH
TANGGA ORANG, MENYAKITI HATI, PASANGAN SONGSANG, SEGALA MUSIBAH ,
BENCANA , KECELAKAAN , KECACATAN ANGGOTA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.

2-PENGGUNAANYA ADALAH IKHLAS DAN TIADA NIAT ATAU UNSUR UNTUK MENCUBA ATAU MENGETEST KEBERKESANAN.KEBERANGKALIAN KAROMAH ATAU MAUNAH YANG ADA PADA MINYAK AKAN TAWAR SECARA SEMULAJADI

Sunday, 21 June 2015

"ASMA INTI NURBUAT"

Assalamualaikum para Pencinta Ilmu Hikmah dan ahluld Dzikir yang selalu di rahmati oleh Allah SWT.Saya ingin membuka pengijazahan "ASMA INTI NURBUAT".Asma Inti Nurbuat adalah termasuk kategori Ilmu Kunci, dengan pengamalan yang istiqomah dan ikhlas maka akan terbentuk power generator yang bisa meningkatkan energy ilmu2 hikmah yang sudah ada, ibaratnya kita mempunyai sebuah genset yang apabila kita isi dengan petrol/bensin maka output listrik dari genset ini bisa menghidupkan semua2 alat elektronik, kalau dalam konteks ini maka kita bisa mengaktifkan dan meningkatkan segala ilmu2 hikmah yg lain.sesuai untuk pengamal ilmu karomah nur nubuwwah,khatamun nubuwwah dan juga ilmu hikmah yang lain

KELEBIHAN ASMA INTI NURBUAT

AIN TAHAP SATU

Pengamalan secara istiqomah dan ikhlas insya allah dengan rahmatNya
anda akan mempunyai kemampuan sebagai bonus adalah diantaranya:
1. Scanning/Teropong
2. Pengobatan
3. Pengasihan
4. Tarik / membersihkan energy negativ
5. Menghancurkan sihir/Anti Sihir
6. Tarik Ilmu lawan dan pindahkan ke benda lain ...(Ingat hukum Allah kalau di buat sewenang2...)
7. Meningkatkan dan membersihkan Energy Hikmah dari Ilmu2 yang ada
8. Membersihkan 7 titik lathaif dengan cepat dan aman
9. Ketentraman hati dan jiwa
10. Membangkitkan Indera ke 6
11. Rezeki
12. Pagar gaib
13. Kewibawaan
14. Peningkatan Karir/Pangkat
Dan kemampuan lainnya yang akan datang sendiri.....

AIN TAHAP DUA
Untuk pengobatan, menundukan lawan,menundukan hati wanita, menjinakan hewan atau binatang, menyembuh kan penyakit,memindah kan hujan/mendung,dll.Semua di lakukan insya allah hanya melalui tatapan mata saja.

AIN TAHAP TINGGI

Jauhari yang mengenal manikam

UNTUK TAHAP PERTAMA MAHARNYA RM150/=
UNTUK TAHAP KEDUA MAHARNYA RM300/=
UNTUK TAHAP TERAKHIR MAHARNYA RM500/=

Pengijazahan hanya dari jauh sahaja.setiap amalan perlu diwiridkan dan ada puasa sunnah.

Thursday, 18 June 2015

Selawat adrikiyyah@idrokiyyah


Keampuhan dan Khasiat Selawat Adrikiyyah

Selawat ini keampuhannya sangat luar biasa dan bermanfaat untuk pelbagai perkara. Bahkan seorang wali kutub (ketua Waliyullah) Habib Syekh Ali Al-Makkatul Mukarromah mengatakan bahawa: "Lapangkanlah hatimu dan isilah jiwa halusmu dengan sholawat adrikiyah kerna akan menjadikan kita selamat dunia dan akherat". Dasarnya manfaat semua selawat itu sama, iaitu sama-sama bertujuan mendapatkan Redha Allah.Namun bagi mendapatkan sanad dari guru yang sah amalan ini membawa pelbagai kebaikan diantaranya:-
  • Allah SWT akan memberikan rezeki yang berlimpah ruah datang dari pelbagai arah tanpa disangka-sangka.
  • Insya Allah dengan izin-Nya akan diberikan jalan keluar dalam semua masalah yang kita hadapi
  • Mata batin akan terbuka dan mampu menembus alam ghaib
  • Agar keinginan Anda terkabul, bayangkanlah keinginan Anda dan bacalah ketika hendak tidur. Insya Allah akan terkabul semua keinginan Anda.
  • Untuk menghilangkan sial/sengkolo dalam diri bacalah tiap hari.
  • Untuk penyembuhan non medis (santet, kesurupan, teluh dll) bacalah lalu tiupkan pada segelas air putih dan minumlah.insyaallah moga dipermudahkan
  • Bagi yang ingin bermimpi dengan para Nabi dan Wali maka bacalah sebelum tidur, lakukan secara istiqomah sampai benar-benar bertemu dengan para aulia.
Khasiatnya diatas merupakan fadhilah yang akan dapat bagi pengamalnya ketika telah mengamalkan ijazah sholawat ini. Tapi yang perlu pengamalnya ketahui agar segala keinginan Anda dapat terkabulkan, dalam proses pengijazahan ini harus disertai niat dan tujuan yang baik.
selawat ini sangat-sangat pendek, sehingga dalam mengamalkannya, Anda harus mengulang ulangnya sampai hitungan yang sekiranya membuatkan kita tetap istiqomah membacanya setiap hari.selawat ini sangat terkenal, maka ada banyak cara atau banyak versi dalam mengamalkannya, Anda pun akan mendapatkan panduan bagaimana menggunakan sholawat Adrikiyyah ini untuk menembusi urusan duniawi.Selawat Adrikiyyah ini sangat bagus digunakan untuk menarik rezeki dari setiap penjuru, keluar dari masalah, agar cepat keluar dari kesedihan yang dialami. Juga, jika mungkin suatu masa mengalami pelbagai tekanan, banyak banyaklah membaca selawat ini.

Pengijazahan Selawat Adrikiyah adalah sebanyak RM170 sahaja.boleh dilakukan secara dekat atau jarak jauh

Rawatan Bermula kembali....

Maafkan diri ini banyak sungguh rawatan yang perlu ditolak.tiada lagi rawatan di penang.diriku sibuk dengan kerja hakiki yang tak pernah surut.Sudah hampir 4 bulan aku meninggalkan penang dan berhijrah ke Sg Petani.Mungkin rawatan akan dijalankan di sg petani.aku menghentikan segala rawatan keatas mana2 individu kerna aku perlukan masa untuk mengubati ahli2 keluarga ku yang sering di khianati oleh sesama agama..pelbagai jenis serangan dari pelusuk penjuru yang tidak henti2.mungkin inilah asbab yang diturunkan allah keatas ahli keluarga ku sebagai kifarah terhadap dosa yang kami lakukan.untuk waktu ini tiada perubatan jarak jauh yang akan aku lakukan semuanya perlu berdepan untuk mendapatkan rawatan.aku tidak akan menjaminkan kesembuhan terhadap rawatan yang aku lakukan.berdoa la kepada sang pencipta..kerana sakit itu pon darinya..aku hanya mampu ikhtiar sahaja..tiada jaminan kesembuhan akan dapat dengan rawatan yang aku lakukan.selain itu juga akan akan membuka beberapa amalan untuk diijazahkan bagi peminat ilmu-ilmu hikmah.senarai ilmu2 dan amalan hikmah akan dimuatnaikkan dalam tempoh tertentu

Thursday, 5 June 2014

Rayuan Jin Asyik...

Kisahnya bermula pada 2 bulan lepas mendapat panggilan dari pesakit mengatakan ingin mendapatkan rawatan secara alternatif kerana sering pergi berubat tetapi masih mempunyai gangguan.bukanla kes sihir atau aniaya dari orang.tetapi dihinggap oleh sekumpulan jin..banyak juga jin-jin yang tinggal dalam badan pesakit nier..

apabila tiba waktu merawat ketika dalam perjalanan pergi kerumah pesakit.saya merasa seperti gundah gulana secara tiba-tiba,kaki menjadi kebas lalu didalam hati mewiridkan beberapa kalimah namun sangkut-sangkut.huaaa..ada gangguan nie...lalu dengan zikir qalbi..saya teruskan zikir hampir 30minit..hadirnya jin didalam makrifat.perbualan dengan jin pon bermula sehingga saya bertanya kepadanya..siapa kamu apa tujuan kamu menganggu diriku..aku tidak mengenali kamu.pergila kamu dari diriku kerana engkau akan mati sekiranya masih ada didalam diriku...jin tersebut membuka mulut dengan merayu kepadaku..jangan la kamu pergi merawat pesakit tersebut..aku masih ingin tinggal didalam tubuhnya..lorhh...macam tue plak...duniamu bukan disini kataku padanya..pesakit masih ada suami dan allah..biarla mereka menjaganya....lalu jin tersebut pergi dari ku..

Setelah tiba di rumah pesakit..berborak dengan pesakit sambil menanyakan kepadanya mengenai masalah pesakit tersebut..lalu mendapat petunjuk bahawa pesakit masih diganggu..lalu aku mulakan rawatan dengan beberapa ayat-ayat rukyah..ketika pembacaan wala yau duhu hizzuhama..jin tersebut terseksa lalu menyakiti diriku agar diberhentikan bacaan..aku tidak mengendahkanya sehingga aku membuat perjanjian dengannya akan aku hantarnya disuatu tempat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan..ZINK dibaca sambil tangan memakrifat suatu bebola cahaya untuk ditarik kesemua gangguan dan dihantar ke suatu tempat yang dipilih oleh allah kepada mereka..lalu dihantar mereka ketempat yang sesuai dengan habitatnya melalui ZINK..bacaan satu set ZINK habis dibacakan sehingga la pada NUN..walqalami wama yasturun...dengan izin allah terkunci rahim pesakit dengan huruf NUN..dan di jantung pesakit terdapat kalimah allah..wallahualam..ini semua kerja allah...dier lebih mengetahui apa yang ada didunia dan di alam ghaib..tidak perlu aku mengambil tahu dengan lebih lanjut...mungkin ia sudah tercatat di loh mahfuz..wallahualam....rasa terkilan didalam hati..pelbagai sangkaan bermain di fikiran.apa yang aku risaukan bukan lah pen
yembuhan kepada pesakit..tetapi diriku..takut ujub dan riak wujud didalam hatiku...huhuhuh..sesungguhnya aku mahkluk allah yang hina...

nukilan dari sifaqir

Wednesday, 14 May 2014

Panggilan "Ustaz"bukan untukku...

Assalamualaikum wahai pembaca blog saya yang setia,sejak kebelakangan nier ramai orang disekeliling saya memanggil diriku ustaz..allah..letih dah pesan..den bukannya ustaz..taklayak pon dipanggil ustaz..ustaz nier orang yang merawi hadis dan al quran..den mana la layak..baca al quran pon tah betul tah tidak..tajwid dan makraj pon tunggang langgang lagi..so lepas nier jangan panggil den ustaz noe..

Dosa pon banyak..dah lah banyak dosa jahil plak tuer..maafkan den yoo..tak layak pon dipanggil ustaz..title tue berat kalau nak pikul...ilmu mesti penuh didada..dah bertalaqi dengan pelbagai guru dari pelusuk dunia..den sebenarnya segan nak kongsi cerita-cerita den sebagai perawat cabuk..kadang2 rawatanya menjadi kadang2 tak menjadi..semua urusan allah...ilmu yang ada nier pon sekelumit jer...tak hebat mana pon..tapi insyaallah boleh diusahakan...

ramai sebenarnya diluar sana menghadapi masalah kerohanian...disantau la...disihirla..dimacam2 lagi la..ingat la wahai pesakit..janganlah kamu mengeluh kerana setiap kesakitan itu ada asbabnya..allah tidak akan menguji iman hambanya dengan seberatnya..selalu diuji ikut kemampuan jadi bersabarla..

kepada mana-mana pesakit yang pernah dirawat sama ada sembuh atau tidak saya mohon maaf..saya mampu ikhtiar..tak mampu nak sembuhkan..saya tiada kuasa...hanya insan biasa...moga kamu semua dirahmati oleh allah..dilindungi oleh ar rahman dan ar rahimnya..


nukilan dari si faqir

Mendapat Rawatan Ibarat Seperti Berjudi

BUKIT MERTAJAM: Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan di Permatang Pauh di sini.

Ditahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 dan 40 tahun.

Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata pusat perubatan tradisional itu diserbu setelah didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak.

"Serbuan pada 11.30 Selasa malam dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam, Rabu.

Khairul Azman berkata susulan serbuan itu, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pengurus cawangan pusat perubatan berkenaan di Seberang Jaya, awal pagi Rabu.

Khairul Azman berkata siasatan awal mendapati pusat perubatan itu menyediakan rawatan bertentangan dengan hukum syarak bagi pelbagai penyakit berkaitan roh dan saka.

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dikehendaki membawa satu kilogram limau nipis, garam kasar dan lada hitam, katanya.

Beliau berkata pesakit tidak dikenakan bayaran sebaliknya perlu bersedekah atau memberi hadiah kepada 'ustaz' yang merawat.

Khairul Azman berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk tujuan perubatan seperti cincin, minyak wangi termasuk beberapa buah buku untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan mendapati pusat rawatan tradisional itu juga menyediakan 'pengijazahan tenaga dalam dan perubatan' dengan bayaran 'fidyah' RM950 dan individu yang tidak berkemampuan masih berpeluang mendapatkan 'ijazah' itu dengan berpuasa selama 15 tahun tanpa henti walaupun pada hari-hari tasyrik (hari diharamkan berpuasa).

"Kami dapati syarat yang dikenakan bertentangan dengan ajaran Islam dan serbuan dibuat bagi mengelak lebih ramai terjebak dalam kegiatan ini.

"Lebih mengelirukan 'ustaz' terbabit mengaku dirinya sebagai ketua para wali dan boleh menyeru roh Nabi Muhammad SAW serta para malaikat menerusi perantaraan," katanya.

Khairul Azman berkata pengasas pusat perubatan itu disiasat mengikut Seksyen 4, 6 dan 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana mengamal dan menyebarkan doktrin palsu, menggelarkan diri sebagai wali serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

"Seorang lagi lelaki dan dua wanita disiasat menurut Seksyen 43 enakmen sama atas tuduhan bersubahat. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. 

Sumber dari  http://www.astroawani.com/news/show/ustaz-pengasas-pusat-perubatan-tradisional-ditahan-35831